Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
69 Contoh kaedah pengiraan tempoh perkhidmatan yang diambil kira dan tidak diambil kira adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(B) . Penetapan Kaedah Pengiraan Wajaran Markah Prestasi 10. Kaedah pengiraan wajaran markah prestasi bagi pertimbangan BIPs adalah berdasarkan markah prestasi tiga (3) tahun terkini berturut-turut dengan markah keseluruhan sekurang-kurangnya 85%. Dalam keadaan tertentu di mana penilaian prestasi tidak dapat dilaksanakan, markah prestasi bagi dua (2) tahun atau satu (1) tahun boleh digunakan dengan wajaran yang ditetapkan seperti Jadual 2 berikut:- Jadual 2 Wajaran Markah Prestasi Contoh pengiraan wajaran markah prestasi adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(C). KAEDAH PELAKSANAAN 11. Kaedah pelaksanaan BIPs adalah seperti yang berikut: (i) Permohonan Kali Pertama (a) Pegawai yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BIPs di perenggan 6 dan 7 Ceraian ini perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan pada bulan Januari tahun berikutnya menggunakan Borang BIPs 1A - 2026 seperti di Lembaran UP.5.1.3(D1) . Carta Alir Proses Kerja Permohonan BIPs Kali Pertama adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(D) ; (b) Pegawai yang telah mengemukakan permohonan kali pertama tetapi tidak diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Wajaran Markah Prestasi Keseluruhan Tahun Pertama (%) (a) Tahun Kedua (%) (b) Tahun Ketiga (%) (c) Jumlah Keseluruhan (%) 20 35 45 100 - 43.75 56.25 100 30.80 - 69.20 100 - - 100 100
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy