Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
68 Tempoh Perkhidmatan Yang Diambil Kira 8. Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira adalah bermula dari tarikh lantikan atau tarikh kenaikan pangkat ke gred semasa dalam skim perkhidmatan semasa. Tempoh perkhidmatan yang diambil kira ini termasuklah — (i) tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/setara ( dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama ); Contoh: Pegawai Penerbitan Gred S41 (Sistem Saraan Malaysia) yang telah berkhidmat selama lapan (8) tahun yang ditukar lantik ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S9. Tempoh perkhidmatan lapan (8) tahun di jawatan Pegawai Penerbitan Gred S41 boleh diambil kira. (ii) tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan; (iii) tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara atau peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/setara; (iv) tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara, peminjaman, penempatan khas atau penempatan silang ; atau (v) tempoh Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Tempoh Perkhidmatan Yang Tidak Diambil Kira 9. Tempoh yang tidak diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan adalah seperti yang berikut: (i) jumlah hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah; dan (ii) semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy