Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
67 (i) pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) pegawai yang berada dalam SSPA; (iii) pegawai dalam skim perkhidmatan yang laluan kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan. Senarai skim perkhidmatan yang layak bagi urusan ini adalah sebagaimana di Lampiran UP.5.1.3(A); dan (iv) telah memenuhi tempoh perkhidmatan di gred semasa pada 31 Disember tahun penilaian seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 seperti berikut: Jadual 1 Tempoh Perkhidmatan Mengikut Gred Gred Tempoh Perkhidmatan 9 8 tahun dan ke atas 10 8 tahun dan ke atas 12 6 tahun dan ke atas 13 6 tahun dan ke atas 14 6 tahun dan ke atas Syarat BIPs 7. Pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: (i) memperoleh wajaran markah prestasi sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun terkini; (ii) markah prestasi tahun terkini hendaklah sekurang-kurangnya 85%; (iii) lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian; dan (iv) diperaku oleh Ketua Jabatan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy