Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 66 (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “markah prestasi” ertinya markah yang diperoleh pegawai bagi tahun penilaian prestasi; “pegawai” ertinya pegawai lantikan tetap dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah SSPA yang berada di Gred 9, Gred 10, Gred 12, Gred 13 atau Gred 14 dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan kecuali Klasifikasi Perkhidmatan Pencegahan. Klasifikasi Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; “tahun penilaian” ertinya tahun kalendar pegawai dinilai bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun berkenaan; “tahun pembayaran” ertinya tahun kalendar berikutnya selepas tahun penilaian; “tapisan tatatertib” ertinya proses semakan rekod tatatertib oleh Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia yang mengesahkan pegawai tidak dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian. PRINSIP BIPs 5. BIPs dilaksanakan berdasarkan prinsip yang berikut: (i) telus (transparent) : diberikan berdasarkan kriteria yang jelas; dan (ii) tidak kekal ( non-permanent ): diberikan secara bertempoh dan boleh ditarik balik atau dihentikan dalam keadaan tertentu. PELAKSANAAN BIPs Pegawai Yang Layak 6. Pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs adalah seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy