Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
65 CERAIAN UP.5.1.3 PEMBERIAN INSENTIF BERASASKAN PRESTASI BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian UP.5.1.2 Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan telah memperkenalkan BIPs sebagai pengiktirafan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah mencapai prestasi cemerlang dan baik serta telah berkhidmat untuk tempoh tertentu di gred semasa tetapi perlu menunggu tempoh yang lama untuk kenaikan pangkat ke gred seterusnya atau telah berada di gred maksimum dalam skim perkhidmatan semasa. Insentif ini adalah berasaskan prestasi dan tatakelakuan pegawai sebagai galakan bagi meningkatkan motivasi kerja dan mengekalkan kecemerlangan prestasi. 3. Bagi meningkatkan motivasi kerja dan mengekalkan kecemerlangan prestasi pegawai, insentif ini turut diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. TAFSIRAN 4. Tafsiran bagi maksud Ceraian ini adalah: “jabatan” termasuklah — (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy