Pengiktirafan

 5 6. Seterusnya, PP Bil. 13/2012 telah digantikan oleh Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Panduan Pelaksanaan Pemberian Bentuk Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam [VERSI 1.0 (2022)] Ceraian UP.5.1.1 - Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 bagi menambah baik dan menjelaskan panduan pelaksanaan pemberian bentuk pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam. 7. Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, Kerajaan bersetuju supaya di samping pemberian APC, pengiktirafan lain diwujudkan sebagai satu lagi bentuk pengiktirafan terhadap pegawai perkhidmatan awam. TAFSIRAN 8. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini — “ jabatan ” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. “ Ketua Jabatan ” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “ pegawai ” ertinya pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “pengiktirafan lain” ertinya pengiktirafan kepada pegawai selain daripada P.P.C. dan APC yang ditentukan oleh jabatan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia; “penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi ” ertinya aktiviti di luar tugas rasmi atau selain daripada yang dinyatakan dalam deskripsi tugas (JD) dan tiada pelantikan secara rasmi daripada jabatan masing-masing;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy