Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
48 12. Semua keputusan BIPs hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan sistem maklumat pengurusan sumber manusia seperti yang berikut: Telah dipertimbangkan BIPs oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia …………………… Bilangan …………. Tahun……. pada…………… Bayaran mulai Januari hingga Disember Tahun ……… Keputusan : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN 13. Keputusan BIPs sama ada pegawai lulus, tidak lulus, dihentikan atau ditarik balik hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan. Contoh surat keputusan BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(F) hingga Lampiran UP.5.1.2(I). 14. Pembayaran BIPs adalah di bawah tanggungjawab jabatan pegawai dinilai. Sekiranya BIPs belum dibayar oleh jabatan asal sebelum pegawai bertukar ke jabatan baharu, BIPs hendaklah dibayar oleh jabatan baharu. TARIKH KUAT KUASA 15. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy