Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 47 Permohonan semula boleh dikemukakan menggunakan Borang BIPs 1B - 2025 seperti di Lembaran UP.5.1.2(E1) . Carta Alir Proses Kerja Permohonan Semula BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(E). (v) Penarikan Balik (a) PPSM boleh menarik balik BIPs selepas keputusan BIPs dibuat sekiranya terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada PPSM. (b) Bagi maksud Ceraian ini, “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan seseorang pegawai, yang pada hakikatnya pegawai itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan semasa pertimbangan BIPs oleh PPSM. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 11. Bagi melaksanakan BIPs, tanggungjawab Ketua Jabatan dan PPSM adalah seperti yang berikut: (i) Ketua Jabatan hendaklah — (a) memastikan hanya pegawai yang layak sahaja mengemukakan permohonan; dan (b) membuat perakuan ke atas permohonan pegawai. (ii) PPSM hendaklah — (a) mempertimbangkan dan meluluskan BIPs berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan; dan (b) mengemukakan keputusan kepada Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy