Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
46 ii. ditukar sementara, dipinjamkan atau diberi penempatan khas ke sesuatu jawatan/ Agensi; iii. dikenakan hukuman tatatertib turun pangkat atau buang kerja; iv. memangku ke Gred 4 atau Gred 8; atau v. bersara, melepaskan jawatan, meletakkan jawatan, ditamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia. (iv) Permohonan Semula (a) Bagi pegawai di bawah perenggan 10(i)(c) yang tidak diluluskan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di perenggan 6(ii) dan 6(iii) Ceraian ini, perlu mengemukakan permohonan semula pada bulan Januari tahun berikutnya tanpa tertakluk kepada wajaran markah prestasi tiga (3) tahun terkini. (b) Jika pegawai di bawah perenggan 10(iii)(a)i. atau 10(iii)(a)ii.: i. kembali bertugas pada tahun pembayaran yang sama, pembayaran akan diteruskan mulai tarikh pegawai kembali bertugas tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu; atau ii. kembali bertugas selepas tahun pembayaran, pegawai boleh mengemukakan permohonan semula pada bulan Januari tahun berikutnya setelah mempunyai penilain prestasi di gred semasa tanpa tertakluk kepada wajaran markah prestasi tiga (3) tahun terkini. (c) Pegawai dalam keadaan berikut perlu memenuhi tempoh perkhidmatan tiga (3) tahun dan syarat-syarat kelayakan BIPs yang ditetapkan di perenggan 6 Ceraian ini mulai dari tarikh penempatan pegawai ke gred asal/terdahulu: i. pegawai yang ditamatkan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan kembali ke gred asal (Gred 3 atau Gred 7); atau ii. pegawai yang telah melepaskan jawatan untuk dilantik ke skim perkhidmatan lain dan kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan dan gred terdahulu.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy