Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 42 “markah prestasi” ertinya markah yang diperoleh pegawai bagi tahun penilaian prestasi; “pegawai” ertinya pegawai lantikan tetap dalam Kumpulan Pelaksana di bawah SSPA yang berada di Gred 3, Gred 4, Gred 7 atau Gred 8 dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan kecuali Klasifikasi Perkhidmatan Pencegahan, Klasifikasi Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dan Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; “tahun penilaian” ertinya tahun kalendar pegawai dinilai bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun berkenaan; “tahun pembayaran” ertinya tahun kalendar berikutnya selepas tahun penilaian; “tapisan tatatertib” ertinya proses semakan rekod tatatertib oleh Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia yang mengesahkan pegawai tidak dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian. PRINSIP BIPs 4. BIPs dilaksanakan berdasarkan prinsip yang berikut: (i) telus ( transparent ): diberikan berdasarkan kriteria yang jelas; dan (ii) tidak kekal ( non-permanent ): diberikan secara bertempoh dan boleh ditarik balik atau dihentikan dalam keadaan tertentu. PELAKSANAAN BIPs Pegawai Yang Layak 5. Pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs adalah seperti yang berikut: (i) pegawai lantikan tetap; (ii) pegawai yang berada dalam SSPA; dan (iii) pegawai Gred 3, Gred 4, Gred 7 atau Gred 8 dan telah memenuhi tempoh perkhidmatan enam (6) tahun atau lebih di gred semasa pada 31 Disember tahun penilaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy