30 (ii) Bagi maksud Ceraian ini, “kesilapan fakta” ertinya kesilapan maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan seseorang pegawai, yang pada hakikatnya pegawai itu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan semasa pertimbangan BIPs oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 11. Bagi melaksanakan BIPs, tanggungjawab Ketua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia adalah seperti yang berikut: (a) Ketua Jabatan hendaklah— (i) memastikan hanya pegawai yang layak sahaja mengemukakan permohonan; dan (ii) membuat perakuan ke atas permohonan pegawai. (b) Panel Pembangunan Sumber Manusia hendaklah— (i) mempertimbangkan dan meluluskan BIPs berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan; dan (ii) mengemukakan keputusan kepada Ketua Jabatan. 12. Semua keputusan BIPs hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan sistem maklumat pengurusan sumber manusia seperti yang berikut: Telah dipertimbangkan BIPs oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia …………………… Bilangan …………. Tahun……. pada…………… Bayaran mulai Januari hingga Disember Tahun ……… Keputusan : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN 13. Keputusan BIPs sama ada pegawai berjaya, gagal, dihentikan atau ditarik balik hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan. Contoh surat keputusan BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(F) hingga Lampiran UP.5.1.2(F3). 14. Pembayaran BIPs adalah di bawah tanggungjawab jabatan pegawai dinilai. Sekiranya BIPs belum dibayar oleh jabatan asal sebelum pegawai bertukar ke jabatan baharu, BIPs hendaklah dibayar oleh jabatan baharu.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy