29 (2) ditukar sementara, dipinjamkan atau diberi penempatan khas ke sesuatu jawatan/ Agensi; (3) dikenakan hukuman tatatertib turun pangkat atau buang kerja; (4) memangku ke Gred 4 atau Gred 8; atau (5) bersara, melepaskan jawatan, meletakkan jawatan, ditamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia. (ii) Jika pegawai di bawah perenggan 10(c)(i)(1) atau 10(c)(i)(2) kembali bertugas pada tahun pembayaran yang sama, pembayaran akan diteruskan mulai tarikh pegawai kembali bertugas tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu. (iii) Pegawai dalam keadaan berikut perlu memenuhi tempoh perkhidmatan tiga (3) tahun dan syarat-syarat kelayakan BIPs yang ditetapkan di perenggan 6 Ceraian ini mulai dari tarikh penempatan pegawai ke gred asal/terdahulu: (1) pegawai yang ditamatkan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan kembali ke gred asal (Gred 3 atau Gred 7); atau (2) pegawai yang telah melepaskan jawatan untuk dilantik ke skim perkhidmatan lain dan kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan dan gred terdahulu. (iv) Pegawai yang dihentikan BIPs di bawah perenggan 10(c)(i)(1) atau 10(c)(i)(2) boleh mengemukakan permohonan semula pada bulan Januari tahun berikutnya setelah mempunyai penilaian prestasi di gred semasa tanpa tertakluk kepada wajaran markah prestasi tiga (3) tahun terkini dengan menggunakan Borang BIPs 1B - 2025 seperti di Lembaran UP.5.1.2(E1). Carta Alir Proses Kerja Permohonan Semula BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(E). (d) Penarikan balik BIPs (i) Panel Pembangunan Sumber Manusia boleh menarik balik BIPs selepas keputusan BIPs dibuat sekiranya terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy