Panduan Pelaksanaan Pemberian Bentuk Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 28 KAEDAH PELAKSANAAN 10. Kaedah pelaksanaan BIPs adalah seperti yang berikut: (a) Permohonan (i) Pegawai yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BIPs perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan pada bulan Januari tahun berikutnya menggunakan Borang BIPs 1A – 2025 seperti di Lembaran UP.5.1.2(C1). Carta Alir Proses Kerja Permohonan BIPs Kali Pertama adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(C); (ii) Pegawai yang telah mengemukakan permohonan tetapi tidak diluluskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia boleh mengemukakan semula permohonan pada tahun berikutnya berdasarkan markah prestasi terkini dan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di perenggan 6 Ceraian ini; dan (iii) Pegawai yang telah diluluskan BIPs tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi tahun seterusnya selagi BIPs tidak dihentikan. Carta Alir Proses Kerja BIPs bagi Penerima Sedia Ada adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(D). (b) Pembayaran (i) Kadar BIPs adalah pada kadar satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diterima pegawai di gred semasa; (ii) Pembayaran BIPs hanya dilaksanakan setelah berakhir tahun penilaian dan mendapat keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia; dan (iii) BIPs dibayar secara bulanan bagi tempoh Januari hingga Disember di dalam tahun pembayaran dan tidak boleh dikebelakangkan ke tahun sebelumnya. (c) Pemberhentian dan Permohonan Semula (i) BIPs akan terhenti mulai tarikh pegawai— (1) Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji atau Cuti Belajar Tanpa Gaji;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy