Panduan Pelaksanaan Pemberian Bentuk Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 27 (e) tempoh Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Contoh kaedah pengiraan tempoh perkhidmatan enam (6) tahun yang diambil kira adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(A). Tempoh Perkhidmatan Yang Tidak Diambil Kira 8. Tempoh yang tidak diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan enam (6) tahun adalah seperti yang berikut: (a) jumlah hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah; dan (b) semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Penetapan Kaedah Pengiraan Wajaran Markah Prestasi 9. Kaedah pengiraan wajaran markah prestasi bagi pertimbangan BIPs adalah berdasarkan markah prestasi tiga (3) tahun terkini berturut-turut dengan markah keseluruhan sekurang-kurangnya 85%. Dalam keadaan tertentu, markah prestasi bagi dua (2) tahun atau satu (1) tahun boleh digunakan dengan wajaran yang ditetapkan seperti berikut: JADUAL WAJARAN Contoh pengiraan wajaran markah prestasi adalah seperti di Lampiran UP.5.1.2(B). WAJARAN MARKAH PRESTASI KESELURUHAN Tahun Pertama (%) (a) Tahun Kedua (%) (b) Tahun Ketiga (%) (c) Jumlah Keseluruhan (%) 20 35 45 100 - 43.75 56.25 100 30.80 - 69.20 100 - - 100 100

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy