26 Syarat BIPs 6. Pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: (a) memperoleh wajaran markah prestasi sekurang-kurang 85% bagi tiga (3) tahun terkini; (b) markah prestasi tahun terkini hendaklah sekurang-kurangnya 85%; (c) lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian; dan (d) diperaku oleh Ketua Jabatan. Tempoh Perkhidmatan Yang Diambil Kira 7. Tempoh perkhidmatan enam (6) tahun yang boleh diambil kira adalah bermula dari tarikh kenaikan pangkat ke Gred 3, Gred 4, Gred 7 atau Gred 8 dalam skim perkhidmatan semasa. Tempoh perkhidmatan yang diambil kira ini termasuklah— (a) tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama); Contoh: Pembantu Penerbitan Gred N26 (Sistem Saraan Malaysia) yang telah berkhidmat selama lapan (8) tahun yang ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N3. Tempoh perkhidmatan lapan (8) tahun di jawatan Pembantu Penerbitan Gred N26 boleh diambil kira. (b) tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan; (c) tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara atau peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/ setara; (d) tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara, peminjaman atau penempatan khas; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy