Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 17 (b) memastikan PPSM melaksanakan tapisan dan memperakukan calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan APC; (c) melaksanakan pemberian APC dan menyediakan insentif kepada penerima di jabatan masing-masing; dan (d) menyenggara rekod penerima APC di jabatan masing-masing. (iii) Pengiktirafan Lain Ketua Jabatan hendaklah — (a) mengenal pasti calon untuk pertimbangan PPSM; (b) memastikan PPSM melaksanakan tapisan dan memperakukan calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan; dan (c) melaksanakan pemberian pengiktirafan kepada penerima di jabatan masing-masing. 21. Bagi memastikan proses pemberian pengiktirafan kepada pegawai dapat dilaksanakan dengan teratur, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Ceraian ini dipatuhi. PEMBATALAN 22. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.1: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah dibatalkan. KEKECUALIAN 23. Semua penganugerahan yang dibuat di bawah peraturan-peraturan dan pekeliling- pekeliling yang telah dibatalkan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan dengan nyata. TARIKH KUAT KUASA 24. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy