Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
16 17. Carta alir proses kerja pemberian APC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(E) . 18. Pengiktirafan Lain Selain itu, jabatan dibenarkan untuk memberikan pengiktirafan lain yang bersesuaian berdasarkan: (i) kelayakan dan asas pertimbangan yang ditetapkan oleh PPSM di jabatan masing-masing; dan (ii) pengiktirafan lain ini hendaklah diberikan dalam bentuk sijil/ surat penghargaan sahaja. 19. Jadual ringkasan penganugerahan P.P.C., pemberian APC dan pengiktirafan lain adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(F) . 20. Peranan Ketua Jabatan (i) Penganugerahan P.P.C. Ketua Jabatan hendaklah — (a) melaksanakan hebahan P.P.C. kepada pegawai di jabatan; (b) mengenal pasti calon P.P.C. untuk pertimbangan PPSM di jabatan masing-masing; (c) memastikan PPSM di jabatan masing-masing melaksanakan tapisan dan memperakukan calon dari jabatan di bawah seliaannya yang memenuhi kriteria P.P.C. sebelum dikemukakan kepada JPA; dan (d) melaksanakan penganugerahan P.P.C. dan penyediaan insentif kepada penerima P.P.C. di jabatan masing-masing. (ii) Pemberian APC Ketua Jabatan hendaklah — (a) mengenal pasti calon APC untuk pertimbangan PPSM;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy