Pengiktirafan

 13 (v) Pemberian Insentif (a) Pegawai yang dianugerahkan P.P.C. akan menerima insentif seperti yang berikut: i. satu (1) Pingat Perkhidmatan Cemerlang; ii. Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan iii. wang tunai berjumlah RM1,000.00 atau Sijil/ Skim Simpanan bernilai RM1,000.00. (b) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam perkara yang berikut: i. menghadiri apa-apa aktiviti yang melibatkan pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan ii. pencalonan untuk menerima DKBP Persekutuan atau Negeri. (vi) Urusan Perolehan Pingat (a) Reka bentuk pingat hendaklah dibuat selaras dengan perenggan III Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang [P. W . 27140] dan urusan perolehan Pingat dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa. Contoh reka bentuk Pingat adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(C) ; dan (b) Urusan perolehan Pingat hendaklah dilaksanakan oleh jabatan menggunakan peruntukan di jabatan masing-masing. (vii) Pengawalseliaan dan Rekod (a) Penganugerahan P.P.C. adalah dikawal selia oleh JPA; (b) PPSM di setiap jabatan hendaklah mengesahkan senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan P.P.C. sebelum dikemukakan kepada JPA untuk semakan dan penganugerahan dilaksanakan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy