1-1 LAMPIRAN UP.5.1.1(A) KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN PPC DITARIK BALIK Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah dianugerahkan kepada pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut PPC dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan berikut: a. pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau b. pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau c. pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy