Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
8 (ii) menggalakkan pegawai untuk memberi sumbangan dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan (iii) meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang meliputi tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi. 12. Pingat ini dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan diiktiraf sebagaimana pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. 13. Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan. PELAKSANAAN 14. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (i) Kelayakan (a) Pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut adalah layak untuk dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C.: i. bagi pencalonan kali pertama, pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang melayakkan dalam perkhidmatan pada tahun prestasinya dinilai; ii. pegawai yang dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan; iii. pegawai yang berada di Gred 1 hingga Gred 15 atau setaraf; iv. memperoleh markah penilaian prestasi 90% dan ke atas pada setiap tahun bagi tiga (3) tahun terkini; v. bebas daripada sebarang hukuman tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatan; vi. diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di jabatan masing-masing;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy