Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
98 KAEDAH PELAKSANAAN HPA Permohonan 8. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat kelayakan HPA sebagaimana perenggan 6 Ceraian ini hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang seperti di Lampiran UP.5.1.4(A) . Pegawai bertanggungjawab memastikan maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya terdapat pemalsuan dokumen atau maklumat, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib. 9. Sekiranya pegawai tidak memenuhi mana-mana syarat di perenggan 6 Ceraian ini, pegawai boleh mengemukakan permohonan pada tahun berikutnya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tadbir Urus 10. Kaedah pelaksanaan pemberian HPA adalah berdasarkan Carta Alir Proses Kerja Pelaksanaan HPA seperti di Lampiran UP.5.1.4(B) . Simulasi kelayakan permohonan pemberian HPA adalah seperti di Lampiran UP.5.1.4(C). PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Tanggungjawab Ketua Jabatan 11. Ketua Jabatan hendaklah – (i) menerima dan membuat semakan terhadap borang permohonan dan dokumen sokongan; (ii) memastikan hanya pegawai yang layak sahaja diperakukan kepada PPSM; (iii) memaklumkan keputusan permohonan kepada pegawai; dan (iv) memastikan butiran kelulusan HPA dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) seperti yang berikut: Telah diluluskan HPA pada…………… dengan bayaran berjumlah RM………….. yang telah dibuat pada …………….. berdasarkan tahap akademik lebih tinggi iaitu…………………
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy