Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
96 “pegawai” ertinya pegawai lantikan tetap dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan; “ pengajian atas pembiayaan sendiri ” ertinya yuran pengajian yang dibiayai sepenuhnya oleh pegawai; “tapisan tatatertib” ertinya proses semakan rekod tatatertib oleh Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia yang mengesahkan pegawai tidak dikenakan hukuman tatatertib bagi tahun penilaian; “tahun penilaian” ertinya tahun kalendar pegawai dinilai bermula 1 Januari sehingga 31 Disember dalam tahun berkenaan. PRINSIP PEMBERIAN HPA 4. HPA hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (i) hanya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan; (ii) pengajian atas pembiayaan sendiri ; dan (iii) terhad kepada yang memenuhi syarat HPA sahaja. PELAKSANAAN HPA Pegawai Yang Layak 5. Pegawai yang layak dipertimbangkan pemberian HPA adalah seperti yang berikut: (i) pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA); dan (iii) pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Syarat Pemberian HPA 6. Pegawai yang layak dipertimbangkan pemberian HPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy