Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam
95 CERAIAN UP.5.1.4 PEMBERIAN HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai panduan pelaksanaan pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pemberian HPA merupakan satu insentif baharu yang diperkenalkan sebagai satu bentuk penghargaan Kerajaan kepada pegawai awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi diri, selaras dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Usaha peningkatan akademik ini bukan sahaja berupaya memperkukuh kapasiti dan potensi pegawai malahan ia juga mampu menyumbang kepada transformasi perkhidmatan awam ke arah sistem penyampaian yang lebih cekap, responsif dan berdaya saing. TAFSIRAN 3. Tafsiran bagi maksud Ceraian ini adalah: “jabatan” termasuklah — (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “markah prestasi” ertinya markah yang diperoleh pegawai bagi tahun penilaian prestasi;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy