Pengiktirafan

 8 UP.5.1.1 d) Insentif i) Pegawai yang dianugerahkan PPC akan menerima insentif seperti berikut: 1) Satu Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 2) Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan 3) Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional) ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam: 1) pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan 2) pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. iii) Penentuan bentuk pemberian insentif hendaklah diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. e) Perolehan Pingat i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut PPC dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa; dan ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy