Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 71 (iv) Permohonan Semula (a) Bagi pegawai di bawah perenggan 11(i)(c) yang tidak diluluskan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di perenggan 7(ii) dan 7(iii) Ceraian ini, perlu mengemukakan permohonan semula pada bulan Januari tahun berikutnya tanpa tertakluk kepada wajaran markah prestasi tiga (3) tahun terkini. (b) Bagi pegawai di bawah perenggan 11(iii)(a)i. atau 11(iii)(a)ii.: i. kembali bertugas pada tahun pembayaran yang sama , pembayaran akan diteruskan mulai tarikh pegawai kembali bertugas tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu; atau ii. kembali bertugas selepas tahun pembayaran , pegawai boleh mengemukakan permohonan semula pada bulan Januari tahun berikutnya setelah mempunyai penilaian prestasi di gred semasa tanpa tertakluk kepada wajaran markah prestasi tiga (3) tahun terkini. (c) Pegawai dalam keadaan berikut perlu memenuhi tempoh perkhidmatan tiga (3) tahun dan syarat-syarat kelayakan BIPs yang ditetapkan di perenggan 7 Ceraian ini mulai dari tarikh penempatan pegawai ke gred asal/terdahulu: i. pegawai yang ditamatkan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan kembali ke gred asal; atau ii. pegawai yang telah melepaskan jawatan untuk dilantik ke skim perkhidmatan lain dan kemudiannya kembali ke skim perkhidmatan dan gred terdahulu. Permohonan semula boleh dikemukakan menggunakan Borang BIPs 1B - 2026 seperti di Lembaran UP.5.1.3(F1). Carta Alir Proses Kerja Permohonan Semula BIPs adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(F) . (v) Penarikan Balik (a) PPSM boleh menarik balik BIPs selepas keputusan BIPs dibuat sekiranya terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada PPSM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy