Penempatan Dan Pengisian

6  (iii) mendedahkan pegawai dengan budaya prestasi tinggi supaya budaya tersebut boleh diadaptasi dan diamalkan apabila pegawai kembali berkhidmat dengan agensi asal. Definisi 5. Dalam Ceraian ini: “agensi asal” bermaksud agensi awam dan/ atau agensi swasta di mana pegawainya ditempatkan secara silang di bawah PCF ke agensi penerima; “agensi awam” bermaksud kementerian atau jabatan kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri, tetapi tidak termasuk Pihak Berkuasa Berkanun yang diasingkan saraannya) atau Pihak Berkuasa Tempatan; “agensi penerima” bermaksud agensi awam dan/ atau agensi swasta yang menerima pegawai yang ditempatkan secara silang di bawah PCF; “agensi swasta” bermaksud agensi selain daripada agensi awam dan termasuklah syarikat berkaitan kerajaan. Dalam konteks ini, pihak berkuasa berkanun yang diasingkan saraannya dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dikategorikan sebagai agensi swasta; “elaun” bermaksud elaun-elaun selain elaun bulanan lain yang termasuk dalam definisi emolumen; “emolumen” bermaksud segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain; “gred jawatan hakiki” bermaksud gred jawatan yang disandang oleh pegawai sebelum ditempatkan secara silang ke agensi penerima; “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan bagi sesuatu perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan “penempatan silang” bermaksud penempatan pegawai di bawah PCF yang dibuat – (i) secara dua hala antara agensi awam dengan agensi awam atau antara agensi awam dengan agensi swasta; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy