8 CERAIAN UP.2.1.1 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur penempatan pegawai di bawah Program Penempatan Silang (Cross-Fertilization) supaya pelaksanaannya teratur dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Program Penempatan Silang atau Cross-Fertilization (PCF) telah dilaksanakan dalam sektor awam bagi memberi peluang kepada pegawai yang dilantik dan berkhidmat dalam suatu agensi awam ditempatkan secara silang dalam tempoh sementara ke organisasi lain. Pada peringkat permulaan, program ini hanya melibatkan penempatan silang di kalangan pegawai awam Persekutuan dan antara pegawai awam Persekutuan dengan pegawai di agensi awam yang lain. Namun, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan program tersebut melibatkan penempatan silang pegawai antara agensi awam dengan agensi swasta. 3. Penempatan silang pegawai di bawah PCF merupakan salah satu inisiatif strategik kerajaan untuk mentransformasikan sektor awam kepada suatu perkhidmatan yang mengutamakan aspek keberhasilan dan budaya prestasi tinggi. Memandangkan pelaksanaannya akan diperluaskan ke pelbagai peringkat dalam sektor awam dan swasta, dasar mengenai penempatan silang ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua agensi awam. PELAKSANAAN Objektif 4. Penempatan di bawah PCF bertujuan: (a) mendedahkan pegawai kepada pengetahuan dan kemahiran baru melalui pengalaman penempatan di organisasi lain;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy