Penempatan Dan Pengisian

 34 (i) kelayakan, pengalaman, pengkhususan dan kemahiran pegawai dengan deskripsi kerja/ jawatan; (ii) kecenderungan, minat, personaliti dan kesesuaian pegawai dengan jawatan yang hendak diisi; (iii) pelaksanaan sesuatu projek/ program yang sedang diuruskan oleh pegawai; (iv) pembangunan dan landasan kerjaya (career-path) pegawai; (v) perancangan penggantian; (vi) pengukuhan dan pemantapan organisasi melalui penempatan pegawai yang bersesuaian; (vii) peningkatan pengalaman dan kemahiran pegawai; (viii) keberkesanan dan imej pegawai; dan (ix) kesejahteraan dan kebajikan pegawai. 11. Di samping faktor-faktor di perenggan 10, perhatian hendaklah juga diberi kepada perkara-perkara berikut: (i) mengelakkan penempatan/ pertukaran berasaskan kepentingan peribadi dan kepentingan pihak-pihak tertentu; dan (ii) mengelakkan masalah terlalu mengkhusus (over specialisation), kitaran pengambilan dalaman (inbreeding) dan pegawai yang tidak boleh/ dapat diganti (indispensable officer). Pegawai sebaik-baiknya ditukarkan ke jawatan lain selepas satu tempoh seperti berikut: (a) jawatan bukan sensitif - 3 hingga 8 tahun; atau (b) jawatan sensitif - 3 hingga 5 tahun Maklumat Pertukaran 12. JPA hendaklah dimaklumkan mengenai sebarang penempatan/pertukaran pegawai gunasama persekutuan yang dibuat untuk tujuan rekod.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy