3-2 Pegawai juga boleh memohon untuk menjalani program pembangunan korporat di ...(agensi asal)... tertakluk kepada kelulusan oleh …(agensi penerima)… . Kos yang terlibat akan dibiayai oleh ...(agensi asal)... . 11. Waktu Bekerja : Pegawai adalah tertakluk kepada waktu bekerja yang ditetapkan di …(agensi penerima)… . 12. Kenaikan Pangkat : Dalam tempoh penempatan silang, pegawai boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat di ...(agensi asal)... . 13. Pematuhan Peraturan : (a) Pegawai hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan kerajaan termasuk arahan-arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan/ Pegawai Penyelia/ Pegawai lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai adalah terikat kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undangundang bertulis lain yang berkuat kuasa. (b) Pegawai tidak dibenarkan merujuk, mengakses atau mendapatkan apa-apa maklumat kerajaan tanpa kebenaran dan kawalan Ketua Jabatan/ ditetapkan oleh Ketua Jabatan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkenaan. (c) Selain itu, pegawai tidak dibenarkan membuat salinan sama ada secara fizikal atau elektronik, menyimpan atau memiliki mana-mana dokumen kerajaan selain seperti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan/ Pegawai Penyelia/ Pegawai lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan atau membincangkan atau mendedahkan hal- ehwal jabatan dan kerajaan kepada mana-mana orang yang tiada hak kepadanya. 14. Tatatertib : Pegawai adalah tertakluk kepada peraturan tatatertib yang berkuat kuasa di ...(agensi asal)... . Selain itu, pegawai juga perlu menghormati etika dan peraturan-peraturan mengenai disiplin yang berkuat kuasa di ...(agensi penerima)... . 15. Pemendekan/ Penamatan Tempoh Penempatan Silang : ...(Agensi asal)... dan ...(agensi penerima)... atas persetujuan bersama boleh memendekkan tempoh penempatan silang pegawai. Notis sekurang-kurangnya 30 hari akan dibuat secara bertulis oleh ...(agensi penerima)... kepada pegawai dengan satu salinan dikemukakan ke ...(agensi asal)... . Dalam keadaan tertentu, ...(agensi asal)... atau ...(agensi penerima)..., boleh memendekkan tempoh notis tersebut atau menamatkan penempatan silang pegawai dengan sertamerta.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy