1-2 Cuti yang memerlukan kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan melalui ...(agensi penerima)... kepada ...(agensi asal)... . 10. Kemudahan Kediaman : Dalam tempoh penempatan silang, pegawai layak untuk terus mendiami rumah kerajaan/ kuarters dan boleh dipertimbangkan kemudahan kediaman sekiranya dipersetujui oleh …(agensi penerima)… . 11. Kemudahan Perubatan : Pegawai layak menerima kemudahan perubatan mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam peraturan dan pekeliling/ surat pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan/ …(agensi asal)… dari semasa ke semasa. Pegawai juga boleh dipertimbangkan kemudahan perubatan di klinik/ hospital panel tertakluk kepada persetujuan …(agensi penerima)… . 12. Bantuan Khas Kewangan/ Imbuhan Tahunan/ Bayaran Khas Prestasi : Pegawai layak dipertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan/ Imbuhan Tahunan/ Bayaran Khas Prestasi oleh ...(agensi penerima)... (sekiranya ada). Dalam keadaan tertentu, pembayaran tersebut boleh dibuat oleh agensi asal dan agensi penerima secara pro rata. 13. Kemudahan Lain : Dalam tempoh penempatan silang, pegawai layak memohon kemudahan-kemudahan seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer berdasarkan kelayakan dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan di …(agensi asal)… . 14. Kursus/ Latihan : Dalam tempoh penempatan silang, pegawai boleh diarah menjalani latihan oleh …(agensi penerima)… yang mana kosnya akan dibiayai oleh …(agensi penerima)… . Pegawai juga akan dipertimbangkan pelepasan oleh …(agensi penerima)… sekiranya perlu menduduki kursus atau penilaian yang disyaratkan di perkhidmatan asal yang mana kosnya akan dibiayai oleh ...(agensi penerima)... . Pegawai tidak dibenarkan untuk memohon kursus yang tidak diwajibkan dalam skim perkhidmatan supaya pegawai mendapat manfaat sepenuhnya di bawah penempatan silang ini. 15. Waktu Bekerja : Pegawai adalah tertakluk kepada waktu bekerja yang ditetapkan di …(agensi penerima)… . 16. Kenaikan Pangkat : Dalam tempoh penempatan silang, pegawai boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat di perkhidmatan hakiki.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy