12 agensi swasta yang ditempatkan di agensi awam adalah ditanggung oleh agensi swasta yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pegawai yang diarah untuk melaksanakan suatu tugas rasmi layak untuk menuntut elaun, kemudahan dan bayaran kerana menjalankan tugas rasmi yang akan ditanggung oleh agensi penerima. 13. Bagi mendapatkan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer serta apaapa kemudahan lain yang ditentukan dari semasa ke semasa, pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada agensi asal. 14. Pegawai yang mendapat kemudahan rumah kediaman atau kuarters dan kemudahan rawatan perubatan di klinik dan hospital panel semasa di agensi asal, kemudahan tersebut dikekalkan dan ditanggung oleh agensi asal di sepanjang tempoh penempatan silang. 15. Tertakluk kepada persetujuan agensi penerima, pegawai boleh diberi elaun dan kemudahan tambahan lain seperti alat komunikasi mudah alih, kemudahan rawatan perubatan di klinik dan hospital panel, kenderaan dan kemudahan rumah kediaman atau kuarters berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh agensi penerima. Pengurusan Rekod Perkhidmatan 16. Agensi asal bertanggungjawab mengemas kini rekod perkhidmatan pegawai yang terlibat dengan penempatan silang. Walau bagaimanapun, agensi penerima diberi tanggungjawab sementara untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan tertentu seperti melulus dan merekod cuti rehat, cuti sakit dan cuti tanpa rekod, kursus serta pemberian elaun dan kemudahan. Salinan rekod urusan tersebut perlu dikemukakan kepada agensi asal pada setiap tiga (3) bulan bagi tujuan direkodkan dalam rekod perkhidmatan pegawai. Apa-apa urusan yang memerlukan kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan kepada agensi asal melalui agensi penerima. Tempoh Penempatan Silang 17. Tempoh minimum penempatan adalah enam (6) bulan dan tidak melebihi dua (2) tahun. Penentuan tempoh tersebut hendaklah dipersetujui secara bersama oleh agensi asal dan agensi penerima. Pembangunan Dalam Perkhidmatan 18. Dalam tempoh penempatan silang, pegawai boleh dikehendaki oleh agensi asal atau memohon kepada agensi asal melalui agensi penerima untuk menduduki apa-apa bentuk penilaian atau kursus yang disyaratkan di perkhidmatan hakiki. Dalam hubungan ini, agensi penerima hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya bagi membenarkan pegawai
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy