Penempatan Dan Pengisian

11  Lampiran UP.2.1.1(B) kepada pegawai dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada agensi penerima. Sekiranya melibatkan pegawai perkhidmatan gunasama di bawah KPPA, salinan surat arahan penempatan perlu dikemukakan kepada BK, JPA. Bagi perkhidmatan lain, salinan surat arahan penempatan perlu dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan masingmasing; dan (b) ke agensi awam, agensi swasta mengeluarkan arahan penempatan silang berserta dengan syarat penempatan seperti Lampiran UP.2.1.1(C) kepada pegawai dan satu salinan surat arahan penempatan hendaklah dikemukakan kepada agensi awam yang berkenaan. (v) pegawai hendaklah melapor diri mulai tarikh kuat kuasa ditetapkan; dan (vi) agensi penerima hendaklah menentukan had kuasa dan skop tugasan serta memaklumkannya kepada pegawai. Emolumen 10. Penempatan silang antara agensi awam dengan agensi awam, emolumen akan dibayar oleh agensi penerima mengikut gred jawatan yang disandang oleh pegawai. Maklumat terkini mengenai emolumen pegawai hendaklah disediakan oleh agensi asal dan seterusnya dimaklumkan kepada agensi penerima. Langkah ini perlu dilaksanakan bagi memastikan urusan pembayaran emolumen kepada pegawai dapat dilaksanakan secara teratur oleh agensi penerima. 11. Penempatan silang antara agensi awam dengan agensi swasta, emolumen akan dibayar oleh agensi asal masing-masing mengikut gred jawatan yang disandang oleh pegawai di agensi asal. Elaun Dan Kemudahan 12. Bagi penempatan silang: (i) antara agensi awam dengan agensi awam, pegawai layak diberi elaun dan kemudahan oleh agensi penerima mengikut gred jawatan yang disandang oleh pegawai tertakluk kepada prinsip dan kriteria pemberian serta peraturan yang berkuat kuasa; dan (ii) antara agensi awam dengan agensi swasta, pegawai awam layak diberi elaun dan kemudahan oleh agensi asal masing-masing mengikut gred jawatan yang disandang oleh pegawai di agensi asal tertakluk kepada prinsip dan kriteria pemberian serta peraturan yang berkuat kuasa. Pemberian elaun dan kemudahan kepada pegawai dari

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy