Penempatan Dan Pengisian

10  (iv) agensi asal mengeluarkan arahan penempatan silang berserta syarat penempatan kepada pegawai seperti Lampiran UP.2.1.1(A) mengikut tarikh kuat kuasa waran perjawatan, dengan satu salinan dikemukakan kepada agensi penerima. Sekiranya melibatkan pegawai perkhidmatan gunasama di bawah KPPA, salinan surat arahan penempatan perlu dikemukakan kepada BK, JPA. Bagi perkhidmatan lain, salinan surat arahan penempatan perlu dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing; (v) pegawai hendaklah melapor diri mulai tarikh kuat kuasa ditetapkan; (vi) agensi penerima hendaklah menentukan had kuasa dan skop tugasan serta memaklumkannya kepada pegawai; dan (vii) sekiranya pegawai yang terlibat dinaikkan pangkat dan penempatan silang perlu diteruskan, agensi penerima hendaklah membuat permohonan kepada BPO, JPA bagi meminda butiran perjawatan mengikut gred kenaikan pangkat pegawai. 9. Prosedur bagi penempatan silang antara agensi awam dengan agensi swasta adalah seperti berikut: (i) agensi asal dan agensi penerima hendaklah berbincang dan bersetuju mengenai syarat penempatan silang serta skop tugasan pegawai; (ii) agensi asal dan agensi penerima mengenal pasti dan memperakukan pegawai untuk penempatan silang. Dalam memperakukan pegawai, agensi berkenaan boleh menimbang permohonan yang dibuat oleh mana-mana pegawai untuk ditempatkan secara silang. Dalam keadaan tertentu, cadangan penempatan silang pegawai awam ke agensi swasta hendaklah dimaklumkan kepada BK, JPA sekiranya melibatkan pegawai perkhidmatan gunasama di bawah KPPA. Bagi perkhidmatan lain, pemakluman hendaklah dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan masingmasing; (iii) agensi yang terlibat hendaklah memohon kepada BPO, JPA sekurang- kurangnya satu (1) bulan lebih awal daripada tarikh pelaksanaan penempatan silang untuk membolehkan jawatan yang ditinggalkan oleh pegawai direkodkan sebagai jawatan tambahsentara penempatan silang; (iv) bagi penempatan: (a) ke agensi swasta, agensi awam hendaklah mengeluarkan arahan penempatan silang berserta dengan syarat penempatan silang seperti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy