9 Prosedur 8. Prosedur bagi penempatan silang antara agensi awam dengan agensi awam adalah seperti berikut: (i) agensi asal dan agensi penerima mengenal pasti serta memperakukan pegawai untuk penempatan silang. Dalam memperakukan pegawai, agensi berkenaan boleh menimbang permohonan yang dibuat oleh mana-mana pegawai untuk ditempatkan secara silang. Dalam keadaan tertentu, cadangan penempatan silang ini hendaklah dimaklumkan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (BK, JPA) sekiranya melibatkan pegawai perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Bagi perkhidmatan lain, pemakluman hendaklah dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing; (ii) agensi yang terlibat hendaklah memohon kepada Bahagian Perjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPO, JPA) sekurang- kurangnya satu (1) bulan lebih awal daripada tarikh pelaksanaan penempatan silang untuk membolehkan BPO, JPA membuat perakuan perubahan senarai perjawatan kepada Kementerian Kewangan mengikut kaedah di perenggan 6 (c), (d) dan (e). Maklumat yang perlu dikemukakan adalah: (a) Nama agensi yang membekalkan pegawai; (b) Nama, skim perkhidmatan dan gred jawatan pegawai yang ditempatkan di agensi penerima; (c) Butiran lengkap perjawatan yang akan dimansuhkan; (d) Tempoh penempatan silang; dan (e) Tarikh kuat kuasa penempatan silang. Salinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan. Sekiranya melibatkan jawatan pegawai perkhidmatan gunasama di bawah KPPA, salinan permohonan juga perlu dikemukakan kepada BK, JPA. Bagi perkhidmatan lain, salinan permohonan perlu dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing; (iii) Kementerian Kewangan mengeluarkan waran perjawatan atau surat kelulusan perjawatan, mengikut mana-mana yang berkenaan kepada agensi asal dan agensi penerima;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy