Penempatan Dan Pengisian

8  (vii) semasa penempatan silang, pegawai boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat oleh agensi asal. Sekiranya pegawai dinaikkan pangkat, agensi asal dan agensi penerima boleh bersetuju untuk meneruskan penempatan silang pegawai berkenaan; (viii) dalam tempoh penempatan silang, pegawai boleh menduduki kursus atau apa- apa bentuk penilaian yang disyaratkan di perkhidmatan hakiki apabila dikehendaki oleh agensi asal atau melalui permohonan pegawai; (ix) penilaian prestasi tahunan pegawai dibuat oleh agensi penerima berdasarkan kaedah penilaian prestasi yang berkuat kuasa di agensi asal; (x) tempoh penempatan silang boleh dipendekkan tertakluk kepada rundingan antara agensi asal dan agensi penerima. Pegawai yang terlibat hendaklah diberi notis secara bertulis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tempoh penempatan silang tamat; (xi) pegawai adalah tertakluk kepada peraturan tatatertib serta etika kerja di agensi asal. Walau bagaimanapun, pegawai perlu menghormati peraturan tatatertib dan etika kerja di agensi penerima di sepanjang tempoh penempatan silang; (xii) pegawai yang kembali ke agensi asal tidak berhak menuntut apa-apa faedah tambahan yang diterima semasa penempatan silang di agensi penerima; (xiii) hubungan pegawai dengan agensi dan perkhidmatan asal tidak terputus dalam tempoh penempatan silang. Bagi pegawai awam, tempoh penempatan silang diambil kira bagi tujuan faedah persaraan; dan (xiv) pelaksanaan fungsi dan tugas pegawai yang terlibat adalah berdasarkan had kuasa dan skop tugasan yang ditentukan oleh agensi penerima tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Kelayakan Pegawai 7. Pegawai yang layak diperakukan untuk penempatan silang adalah pegawai yang– (i) telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) mempunyai kelayakan dan kompetensi yang sesuai dengan skop tugasan di agensi penerima; dan (iii) bukan dari kalangan pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Pegawai yang mempunyai rekod tatatertib boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan secara silang sekiranya difikirkan sesuai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy