1-57 SULIT LAMPIRAN B7 (iii) CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PEMANGKUAN (CALON SIMPANAN) Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Pegawai dan No. Kad Pengenalan) Melalui dan Salinan (Ketua Jabatan): Tuan, KEPUTUSAN URUSAN PEMANGKUAN ….. (SKIM PERKHIDMATAN)….. GRED …................ KE GRED …….., KEMENTERIAN ……………………… Saya diarah merujuk kepada urusan pemangkuan yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) dalam mesyuaratnya Bil…. Tahun…. pada …, telah memilih tuan sebagai calon simpanan untuk memangku Gred …….... 2. Seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A)75/2010] Lembaga boleh menurut budi bicaranya menaikkan pangkat calon-calon simpanan dalam suatu tempoh selama 6 bulan dari tarikh mesyuarat Lembaga, sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam tempoh tersebut. 3. Sekiranya tuan tidak berpuas hati dengan keputusan ini, tuan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan ini diberitahu. Rayuan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi, Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan melalui Pengerusi LKP selaras dengan Peraturan 23 dan 24 Peraturan yang sama. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ Saya yang menjalankan amanah, (AA BIN BB) Bahagian Sumber Manusia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian...........
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy