1-55 SULIT LAMPIRAN B7 (ii) CONTOH SURAT ARAHAN PENEMPATAN PEMANGKUAN Ruj. Kami : Tarikh : (Nama Pegawai dan No. Kad Pengenalan) Melalui dan Salinan (Ketua Jabatan): Tuan, PEMBERITAHUAN PEMANGKUAN DAN PENEMPATAN PEGAWAI .............. GRED .................... DI KEMENTERIAN Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan, Encik AAA Bin BBB, K.P.: 000000-00-0000 Pegawai ................. Gred .........., Jabatan ............... ditempatkan sebagai Pegawai ................., di .................., memangku Gred ........... dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai ................. 3. Sekiranya tuan tidak melaporkan diri dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh yang ditetapkan, maka tuan dianggap telah menolak pemangkuan ke jawatan tersebut. 4. Sepanjang tempoh pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dengan tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya. Penempatan pemangkuan ini adalah tertakluk kepada kelulusan tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (jika berkaitan). 5. Selain daripada itu, selaras dengan surat JPA bil. JPA(S)NP 134/1 Klt. 18(4) bertarikh 4 November 2008, tuan adalah diminta menghadiri dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang berkaitan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemangkuan (jika berkaitan).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy