1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2021) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memberikan peluang kemajuan kerjaya yang lebih luas kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat sebagai satu galakan dengan tujuan supaya mereka dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sebagai pegawai awam. Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy