Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

 1-33 (d) Kertas cadangan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada anggota Lembaga selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum mesyuarat. 3.2.3 Pertimbangan Lembaga Tindakan yang perlu dilakukan di peringkat pertimbangan Lembaga bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat adalah seperti berikut: (a) Memastikan Lembaga bersidang pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi Lembaga; (b) Memastikan Lembaga bersidang secara teratur, mematuhi Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat yang sedang berkuat kuasa, iaitu dari segi keanggotaan, kuorum mesyuarat dan perjalanan mesyuarat; dan (c) Merekodkan keputusan Lembaga. 3.2.4 Pemberitahuan Keputusan Lembaga Tindakan yang perlu dilakukan di peringkat pemberitahuan keputusan Lembaga bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat adalah seperti berikut: (a) Menyiarkan keputusan urusan pemangkuan/kenaikan pangkat dengan segera;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy