1-28 Kaedah penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang digunakan hendaklah mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat terlebih dahulu. 3.2. Peringkat Pelaksanaan 3.2.1 Penyediaan Kertas Cadangan Penapisan Calon Tindakan yang perlu dilakukan di peringkat penyediaan kertas cadangan penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat adalah seperti berikut: (a) menyediakan kertas cadangan mengenai kaedah penapisan calon bagi urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga; (b) jika urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat dibuat secara iklan, format seperti di Lampiran B1 boleh diguna pakai untuk memastikan hanya calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan sahaja mengemukakan permohonan. Contoh borang permohonan pemangkuan / kenaikan pangkat seperti di Lampiran B2. Contoh surat akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan seperti di Lampiran B3; (c) jika Pengerusi Lembaga bersetuju menggunakan kaedah tapisan secara temu duga untuk penapisan calon, tindakan berikut hendaklah dilaksanakan, iaitu: (i) menetapkan kriteria penilaian yang akan digunakan oleh Panel Temu duga; (ii) mengenal pasti anggota Panel Temu duga berpandukan Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat yang sedang berkuat kuasa. Pelantikan Panel Temu duga dibuat oleh Pengerusi Lembaga yang berkenaan sebelum sesuatu urusan temu duga dilaksanakan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy