1-20 kesilapan fakta tersebut dan jika perlu pegawai boleh dikehendaki memberikan penjelasan terhadap kesilapan fakta itu. 62. Keputusan penarikan balik kenaikan pangkat hendaklah diberitahu kepada pegawai melalui Ketua Jabatannya dengan segera. KAEDAH PELAKSANAAN 63. Kaedah pelaksanaan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dijelaskan seperti di Lampiran B. RAYUAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT 64. Mana-mana pegawai yang dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat oleh Lembaga dan terkilan dengan keputusan Lembaga, boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan yang berkenaan. Syarat Mengemukakan Rayuan Pegawai Yang Merayu 65. Setiap pegawai yang hendak merayu terhadap sesuatu keputusan Lembaga, perlu mematuhi perkara berikut: (a) rayuan dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga diberitahu kepada pegawai; dan (b) rayuan dikemukakan kepada Lembaga Rayuan melalui Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dan Ketua Jabatan. 66. Kegagalan pegawai mengemukakan rayuan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga diberitahu kepada pegawai boleh menyebabkan rayuan pegawai tidak dipertimbangkan oleh Lembaga Rayuan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy