1-18 jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau dilantik ke skim perkhidmatan lain; dan (d) jawatan yang skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan kekosongan antaranya skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi. 55. Selain jawatan tetap yang kosong secara hakiki, jawatan yang kosong secara operasi disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji tidak boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat. 56. Selain itu, jawatan sementara, jawatan terbuka, jawatan kumpulan dan jawatan simpanan latihan juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat. Perakuan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Memangku 57. Bagi pegawai yang sedang memangku, Ketua Jabatan boleh memperakukan kenaikan pangkat setelah pegawai memangku sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekiranya berpuas hati dengan prestasi pegawai di gred yang dipangku dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di perenggan 48. Tarikh Kenaikan Pangkat 58. Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga yang berkenaan berdasarkan kaedah berikut: (a) tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan jawatan atau tarikh pegawai itu layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, yang mana terkemudian. Walau bagaimanapun, tarikh tersebut hendaklah tidak lebih awal dari tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi gred yang sama dalam urusan sebelumnya; (b) bagi kenaikan pangkat ke jawatan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi), tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal dari tarikh pegawai diluluskan memangku jawatan tersebut;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy