1-16 (c) pegawai yang memangku dan kemudiannya dibersarakan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam; dan (d) pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib. 51. Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan Ceraian UP.3.1.6, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut: Bil. Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat i. Amaran 12 bulan ii. Denda 18 bulan iii. Lucut Hak Emolumen 24 bulan iv. Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan v. Turun Gaji 36 bulan vi. Turun Pangkat 48 bulan Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan. 52. Bagi pegawai yang dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib dalam satu pertuduhan tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat. Contoh kes; pegawai dikenakan hukuman tatatertib amaran dan denda bagi satu pertuduhan yang sama, tempoh tidak layak dinaikkan pangkat adalah berdasarkan tempoh hukuman yang lebih berat iaitu tempoh lapan belas (18) bulan bagi hukuman denda. 53. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib dan kemudian menerima hukuman tatatertib dalam satu kes tatatertib yang lain dalam tempoh hukuman yang lain masih berjalan, tempoh tidak layak dipertimbangkan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy