1-12 Lembaga dua (2) bulan sebelum tamat tempoh sah laku calon simpanan. Arahan pemangkuan kepada pegawai hendaklah dibuat dalam tempoh sah laku yang berkenaan. Pegawai Yang Menolak Tawaran Pemangkuan 36. Lembaga boleh mengenakan penalti kepada pegawai yang menolak tawaran pemangkuan dengan tidak menimbangkan pemangkuan pegawai tersebut bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan / tarikh melaporkan diri yang ditetapkan atau satu urusan, yang mana terkemudian. Perubahan Pemangkuan 37. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang sedang memangku atas sesuatu jawatan dan dikehendaki memangku di jawatan yang lain, perubahan pemangkuan hendaklah mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu. Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan, perubahan pemangkuan ke gred yang sama di jawatan yang lain tidak perlu mendapat kelulusan Lembaga. Penarikan Balik Pemangkuan 38. Lembaga boleh menarik balik pemangkuan seseorang pegawai jika terdapat kesilapan fakta yang dimaklumkan kepada Lembaga setelah keputusan pemangkuan pegawai itu dibuat. Sebelum penarikan balik pemangkuan dibuat oleh Lembaga, penyiasatan perlu dibuat bagi mengesahkan kesahihan kesilapan fakta tersebut. 39. Keputusan penarikan balik pemangkuan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai melalui Ketua Jabatannya dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat Lembaga.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy