1-3 "Lembaga" ertinya Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan; "Lembaga Rayuan" ertinya Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan; "pegawai" ertinya pegawai yang dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya berkenaan; "pemangkuan" ertinya pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat; dan "Urus setia" ertinya mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit di sesebuah kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat. 4. Oleh kerana istilah rayuan pemangkuan dan rayuan kenaikan pangkat melibatkan proses serta prosedur yang sama, maka bagi maksud penjelasan dalam pekeliling perkhidmatan ini, hanya istilah “rayuan” yang akan digunakan. Ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut secara serentak dan berulang-ulang. 5. Pengurusan kenaikan pangkat secara umumnya melibatkan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan. PEMANGKUAN Tujuan Pemangkuan 6. Pemangkuan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi yang
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy