1-3 4. Memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang- kurangnya 80% bagi tiga (3) tahun terkini. 5. Memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK atau CEMERLANG. Penilaian kecemerlangan adalah mengguna pakai Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama seperti di Lampiran A1. Penilaian berkenaan perlu dilengkapkan oleh penyelia pegawai yang berada di gred lebih tinggi daripada gred pegawai yang dinilai, yang kemudiannya disahkan oleh Ketua Jabatan. Penilaian kecemerlangan ini meliputi aspek-aspek berikut: (a) sikap yang positif, teladan (role model) dan berketerampilan yang baik; (b) komitmen terhadap tugas semasa dan bersedia menerima tanggungjawab tambahan; dan (c) mempamerkan kesediaan untuk berkongsi pengetahuan/ pengalaman dengan rakan sekerja/ pegawai lain. 6. Bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat markah LNPT yang ditetapkan, pegawai layak dipertimbangkan semula pada tahun berikutnya berasaskan LNPT terkini. Ini bermakna tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah pada 1 Januari tahun pegawai mencapai prestasi yang ditetapkan atau sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh perkhidmatan, mana yang terkemudian. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan adalah seperti berikut: Contoh 1: Tarikh lantikan ke Gred G17 : 10.01.2005 Tarikh genap 13 tahun : 09.01.2018 Markah keseluruhan LNPT bagi 3 tahun terkini (2015, 2016, 2017) Tarikh dipertimbangkan oleh LKP Keputusan LKP : : : 70% 20.04.2018 Tidak berjaya kerana markah prestasi rendah
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy