24 UP.3.1.7 Pegawai Yang Layak 9. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat secara TBK2 adalah seperti berikut: 9.1 pegawai yang dilantik secara tetap; 9.2 memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018; 9.3 pegawai dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu yang dilantik secara terus ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat. Contoh: Penerbit Rancangan yang dilantik terus ke Gred B31 (setara Gred B32) atau Pereka yang dilantik terus ke Gred B21 (setara Gred B22); dan 9.4 pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2018 dan telah berkhidmat 13 tahun ke atas di lapisan pertama gred kenaikan pangkat. Pegawai Yang Tidak Layak 10. Pegawai yang tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat TBK2 adalah seperti berikut: 10.1 pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang diperuntukkan tempoh time-based berbeza (contoh: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kumpulan Pelaksana); dan 10.2 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2018. Syarat Kenaikan Pangkat 11. Pegawai layak dipertimbangkan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan tertakluk memenuhi syarat berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy