88 BAHAGIAN IX PELBAGAI Tanggungjawab Ketua Jabatan 68. Setiap Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan urusan pelantikan pegawai kontrak di agensi masing-masing dilaksanakan dengan cekap dan teratur selaras dengan peruntukan ceraian ini. Mereka perlu memberikan perhatian yang serius khususnya kepada aspek berikut: (i) pengisian jawatan kosong di bawah peruntukan OS11000 hendaklah seboleh-bolehnya dibuat melalui pelantikan tetap. Sekiranya pengisian dibuat secara pelantikan kontrak, usaha yang bersungguh-sungguh hendaklah diambil untuk memastikan jawatan yang disandang oleh pegawai kontrak digantikan dengan pegawai tetap kecuali dinyatakan sebaliknya; (ii) tertakluk kepada dasar yang sedang berkuat kuasa, permohonan pelantikan kontrak perlu mendapat persetujuan: (a) BPO, JPA dan Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia bagi pelantikan di bawah OS29000; (b) menyediakan pelan penggantian (succession plan) dan program latihan yang sistematik supaya pengisian dapat dibuat melalui lantikan tetap dan pegawai bukan warganegara dapat digantikan dengan pegawai warganegara; (c) memastikan pegawai mendapat gaji, elaun dan kemudahan yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, iaitu selain daripada yang dinyatakan dalam syarat kontrak, sekiranya
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy