Pelantikan

 1-73 BAHAGIAN IX PELBAGAI Tanggungjawab Ketua Jabatan 68. Setiap Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan urusan pelantikan pegawai kontrak di agensi masing-masing dilaksanakan dengan cekap dan teratur selaras dengan peruntukan ceraian ini. Mereka perlu memberikan perhatian yang serius khususnya kepada aspek berikut: (i) pengisian jawatan kosong di bawah peruntukan OS11000 hendaklah seboleh-bolehnya dibuat melalui pelantikan tetap. Sekiranya pengisian dibuat secara pelantikan kontrak, usaha yang bersungguh-sungguh hendaklah diambil untuk memastikan jawatan yang disandang oleh pegawai kontrak digantikan dengan pegawai tetap kecuali dinyatakan sebaliknya; (ii) tertakluk kepada dasar yang sedang berkuat kuasa, permohonan pelantikan kontrak perlu mendapat persetujuan: (a) BPO, JPA dan Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia bagi pelantikan di bawah OS29000; (b) menyediakan pelan penggantian (succession plan) dan program latihan yang sistematik supaya pengisian dapat dibuat melalui lantikan tetap dan pegawai bukan warganegara dapat digantikan dengan pegawai warganegara; (c) memastikan pegawai mendapat gaji, elaun dan kemudahan yang diluluskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, iaitu selain daripada yang dinyatakan dalam syarat kontrak, sekiranya Kerajaan bersetuju memanjangkan faedah tersebut kepada mereka;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy