1-67 perenggan 54.4 dan tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus. Cuti Bersalin secara tanpa gaji ini juga tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk tujuan pembayaran ganjaran dan memberi kemudahan-kemudahan lain yang mengambil kira tempoh perkhidmatan. Kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji ini terhad kepada lima (5) kali kelahiran sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan secara kontrak. 54.6 Rawatan Perubatan (i) pegawai warganegara bukan pesara, pesara dan pegawai bukan warganegara layak diberi kemudahan rawatan perubatan percuma di hospital dan klinik Kerajaan; (ii) pegawai warganegara bukan pesara, pesara dan pegawai bukan warganegara akan dikenakan bayaran wad di hospital Kerajaan mengikut gred jawatan yang disandang; (iii) pegawai warganegara bukan pesara dan pesara layak mendapat kemudahan di perenggan (i) untuk diri sendiri dan ahli keluarga tetapi tidak termasuk ibu bapa; (iv) pegawai bukan warganegara layak mendapat kemudahan di perenggan (i) untuk diri sendiri sahaja; (v) pegawai pesara berpencen layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma di luar negeri berdasarkan status pegawai sebagai pesara Kerajaan; dan (vi) pegawai warganegara bukan pesara, pegawai pesara tidak berpencen dan pegawai bukan warganegara tidak layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma di luar negeri.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy